Tuesday, January 5, 2016

Kerangka Konsep Asas Sains Komputer


Kurikulum ASK menengah rendah memberi fokus ke arah
menyediakan murid yang berfikiran komputasional. 

Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. 

Bidang Pembelajaran ini menghasilkan murid berfikiran komputasional yang mampu menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem serta memahami tingkah laku manusia yang merupakan prinsip asas sains komputer.

Pemikiran komputasional ialah kebolehan untuk memahami dan
mengaplikasi prinsip asas sains komputer. Melalui pemikiran
komputasional, kaedah penyelesaian masalah diterjemah dalam
bentuk yang boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan
penyelesaian berteraskan komputer. 

Monday, January 4, 2016

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Asas Sains Komputer digubal berdasarkan
enam tunjang Kerangka KSSM.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibina
berasaskan enam tunjang, iaitu 
Komunikasi; 
Kerohanian,
Sikap dan Nilai; 
Kemanusiaan; 
Keterampilan Diri;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta 
Sains dan Teknologi. 

Enam tunjang tersebut merupakan domain utama
yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang
menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan
kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam
gambarajah di atas.

Sunday, January 3, 2016

Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains Komputer (ASK)

.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains
Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang
diperkenalkan kepada murid di peringkat menengah rendah.

ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan
kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program
Information and Communication Technology Literacy (ICTL)
sekolah menengah.

Dalam Abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai
pengguna teknologi yang berpengetahuan malah
menyediakan mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus
idea baharu. 

Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid
yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),
subjek ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsipprinsip
asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya
menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional
serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah masa hadapan.

Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) ASK
bertujuan menjadi rujukan utama kepada guru untuk
melaksanakan kurikulum ASK di peringkat sekolah. Adalah
diharapkan hasrat yang terkandung di dalam kurikulum ASK
dapat difahami dan seterusnya dilaksanakan dengan baik oleh
guru bagi menyediakan murid yang mempunyai kemahiran
pemikiran komputasional yang dapat memberi sumbangan

kepada negara pada masa hadapan. 

Saturday, January 2, 2016

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN


(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996  [PU(A)531/97]

Friday, January 1, 2016

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)