Tuesday, January 10, 2017

Subjek Sains Komputer Pacu Ekonomi Digital


.
KUALA LUMPUR: Modul pemikiran komputasional dan subjek Asas Sains Komputer (ASK) yang diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah mulai tahun ini, akan membantu melahirkan generasi yang lebih berupaya mengisi pelbagai pekerjaan baharu, terutamanya sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pengarah Eksekutif Aidan Group of Companies Khairul Anwar M. Zaki berkata lebih banyak pekerjaan baharu yang tidak bersifat konvensional seperti kerani, guru, doktor atau polis bakal wujud dalam era ekonomi digital dan berasaskan ICTdi negara ini.

"Kalau masih kekalkan silibus lama, dikhuatiri generasi muda kini tidak bersedia dan tidak mampu mengisi pelbagai keperluan pekerjaan dalam dunia digital kelak," katanya kepada Bernama.

Sebuah syarikat kumpulan berkenaan, Ardent Educational Consultants Sdn Bhd (ArdentEdu), dipilih oleh Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn Bhd (MDEC) untuk melakukan kajian tentang kaedah pelaksanaan pendidikan pemikiran komputasional di tujuh negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Australia, Denmark, Finland dan Estonia pada tahun lalu. 

Aidan Group adalah kumpulan syarikat-syarikat strategik yang menyediakan portfolio perkhidmatan sebagai peneraju teknologi, juru perunding pendidikan dan pemasaran.

Menjelaskan mengenai pemikiran komputasional, Khairul Anwar berkata subjek itu mengajar pelajar merekabentuk pemikiran, menjana pemikiran logik, menganalisis, merumus, menstruktur dan mencari penyelesaian masalah dengan teknik-teknik tersendiri - kesemuanya merupakan kemahiran bernilai yang menjadi tulang belakang dan pemacu ekonomi digital.

"Subjek baharu dalam persekolahan itu bukan diperkenalkan sewenang-wenangoleh Kementerian Pendidikan, sebaliknya berdasarkan penyelidikan dan kajian terlebih dahulu, serta digubal mengikut kesesuaian pendidikan negara kita," kata beliau yang terlibat secara tidak langsung dalam penyediaan silibus berkenaan.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/10/subjek-sains-komputer/#1MfsMpVhaL890Jx3.99.

Monday, January 2, 2017

VIDEO: Teknik-teknik Pemikiran Komputasional

.

.



TEKNIK LERAIAN

- Memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian kecil bertujuan memudahkan pemahaman dan penyelesaian masalah.

- Contohnya, masalah pembinaan anak tangga menggunakan batu-bata.

- Pisahkan anak tangga kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.

- Anda akan dapati anak tangga tersebut terbahagi kepada 5 bahagian.

- Dengan teknik ini anda akan lebih mudah mengira jumlah batu-bata keseluruhan.

- Bahagian pertama mengandungi 5 bata.

- Bahagian kedua mengandungi 10 bata.

- Bahagian ketiga mengandungi 15 bata.

- Bahagian keempat mengandungi 20 bata.

- Bahagian kelima mengandungi 25 bata.

TEKNIK PENGECAMAN CORAK

- Setelah anak tangga dipecahkan kepada lima bahagian, anda akan dapati setiap anak tangga dibina dari lapisan blok bata.

- Setiap lapisan mempunyai kelebaran sebanyak 5 bata.

- Setiap anak tangga mempunyai jumlah lapisan berbeza.


TEKNIK PENISKALAAN

- Fokus pada aspek penting yang membantu menyelesaikan masalah.

- Tinggalkan aspek yang tidak diperlukan dalam penyelesaian masalah.

- Aspek penting = LEBAR dan BILANGAN anak tangga.

- Aspek tidak penting = SAIZ dan BAHAN bata.

TEKNIK PENGITLAKAN

- Bina model bagi masalah yang diselesaikan.

- Model boleh dibuat dalam bentuk berikut:

1. Formula.

2. Teknik.

3. Peraturan.

4. Langkah-langkah.

- Ringkasan dan formula anak tangga boleh dibuat seperti ini.








.

Sunday, January 1, 2017

1.KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL



Asas Pemikiran Komputasional
Teknik dalam Pemikiran Komputasional
Teknik Leraian
Menentukan langkah secara tertib
Pengecaman Corak
Aspek penting dalam membuat keputusan
Ciri-ciri kesamaan dalam sesuatu permasalahan